Cara alternatif penggubalan Perundangan

Kelakuan menggubal perundangan kadangkala dikenali sebagai mengundang. Di bawah doktrin pembahagian kuasa, fungsi penggubalan undang-undang terletak secara utamanya pada legislatif. Akan tetapi, terdapat juga situasi di mana perundangan digubal oleh cara lain (terutama apabila undang-undang perlembagaan) digubal). Cara lain termasuk melalui pungutan suara (sesetengah negara seperti Switzerland mengamalkan perundangan cara ini secara aktif) dan konvensyen perlembagaan. Istilah "perundangan" juga kadangkala digunakan untuk mentakrif situasi seperti ini, tetapi pada masa lain, diguna pula untuk membezakan antara akta legislatif dengan cara penggubalan lain.

Interpretasi undang-undang oleh cabang eksekutif atau kehakiman telah dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai penggubalan, terutama apabila cabang kehakiman terpaksa menyelesaikan pertindihan antara undang-undang (seperti perlembagaan dan undang-undang statut). Setakat mana mahkamah dilihat sebagai "menggubal" dalam cara ini memberitahu debat yang berlangsung mengenai aktivisme kehakiman (yang berlawanan dengan penahanan kehakiman). Penggubalan oleh kehakiman tidak secara amnya dirujuk sebagai "perundangan", kecualilah untuk maksud yang membawa pengertian ironi. Juga, undang-undang sesetengah negara memberi kuasa kepada cabang eksekutif atau agensi kerajaan lain untuk mengeluarkan regulasi atau pengistiharan yang boleh membawa kuasa undang-undang, walaupun ini secara amnya tidak berkenaan perundangan secara sendirinya. Perundangan juga boleh dicipta pada peringkat negeri atau peringkat tempatan kerajaan (yang punyai badan perundangan tersendiri), di mana pembahagian kuasa kurang formal dan menyeluruh.